advertise with ongsono.com
 

Jihan Musa Anggap Rawatan Pembedahan Muka Membazir

Posted on Sunday, 10 August 2014



Jihan Musa

Pelawak Jihan Musa tidak pernah terfikir untuk melakukan sebarang rawatan tertentu mendapatkan wajah yang cantik seperti yang dilakukan kebanyakan selebriti.

Jihan, 30, berkata, dia menganggap perkara tersebut sebagai suatu pembaziran dan lebih selesa dengan apa yang dikurniakan secara semula jadi.

"Saya tidak pernah dikelilingi oleh mereka yang berbuat begitu, jadi saya tidak tahu di mana tempat mereka melakukan rawatan untuk jadi lebih cantik.

"Pada saya tidak penting untuk membuat rawatan atau mengubah wajah kerana ia bukan sahaja berdosa, malah memerlukan kos yang tinggi.

"Saya hanya menggunakan pencuci muka berharga kurang daripada RM20 sahaja setiap bulan," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Super Spontan, di Talent Lounge, di sini, Jumaat.

Jihan berkata demikian ketika mengulas tentang perubahan wajahnya yang kini dikatakan lebih berseri-seri berbanding pada awal kemunculanya dalam industri hiburan.

Selain itu, gambar-gambar yang dimuat naiknya dalam laman sosial Instagram turut mendapat pujian peminat yang meminta dia untuk berkongsi rahsia kecantikkan.


Jihan Musa


"Saya masih sama seperti dahulu mungkin kerana usia sudah semakin dewasa dan saya akui lebih menjaga penampilan diri ketika keluar dari rumah.

"Sejak jadi artis saya akan bersolek dan pilih pakaian untuk keluar ke tempat awam kerana saya tidak mahu peminat ambil gambar dalam keadaan tidak elok.

"Lagi pun apa yang saya muat naik di Instagram itu sudah di edit menjadi lebih cantik," ujarnya.

Tambah Jihan, apa yang lebih penting sebagai seorang selebriti ialah penampilan yang kemas dan selesa untuk didekati oleh masyarakat.

Sementara itu, Jihan yang turut beraksi untuk program Warna Super Spontan musim ketiga ini juga mengakui teruja untuk bersama-sama terlibat dengan permainan secara spontan yang akan dilakukan bersama selebriti lain.

"Ini kali pertama mereka tawarkan saya untuk terlibat, saya terus setuju kerana saya suka permainan secara spontan ini.

"Saya tidak sasar untuk menang sebaliknya sekadar untuk berhibur dengan kawan-kawan yang lain," katanya.

Warna Super Spontan akan bermula pada 22 Ogos depan secara langsung menerusi Astro Warna saluran 132, pada pukul 10 malam.

Antara selebriti lain yang terlibat adalah Johan, Shuib (Sepah), Taukeh, Shahrol (Shiro), Micheal Ang, Achey, Sharifah Sakinah, Abam, Didie Alias, Yus (Jambu), Syuk dan Rahim.



Read more about Jihan Musa Anggap Rawatan Pembedahan Muka Membazir



Related read :

Sharifah Sakinah Anggap Jihan Musa Lebih Layak Menang
Sharifah Sakinah anggap pengikut di Instagram banyak mengundinya.Pelakon Sharifah Sakinah takut kemenangannya merangkul anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2014 menjadi
Buruk Muka Kaca Dibelah
Buruk Muka Kaca DibelahOrmas-ormas Islam yang kritis terhadap pemerintah dinilai melakukan penggembosan terhadap konstituen partai-partai yang ada di pemerintahan (baik partai Islam maupun partai
Semakin Dilupakan, Sahri (AF1) Anggap Ia Satu Kitaran
Sahri sudah pun menamatkan pengajiannya di Universiti Lim Kok Wing pada tahun lalu.Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim pertama (AF1) Sahri tidak pernah berasa terkilan apabila namanya
Kembar Fazura anggap rezeki ALLAH
Nur Syazana. Gambar kecil: Komen pelakon Fazura dalam laman Instragram Nur Syazana.SELEPAS beberapa foto milik seorang remaja menjadi viral disebabkan rupanya seiras selebriti popular Fazura, Nur