Tips Untuk Blogger Yang Malas

Posted on Wednesday, 12 June 2013






3 Tips untuk Blogger malas.

Motivasikan diri sendiri untuk berblogging.

Kenapa aku malas blogging? Antara sebab aku menjadi malas adalah disebabkan hilangnya keghairahan atau keinginan untuk menulis blog. Tahap motivasi dalam diri aku ketika ini adalah sangat rendah. Ya itulah hakikatnya. Jadi kuncinya perlulah meningkatkan motivasi diri dahulu. Tapi bagaimana caranya? Salah satu cara adalah dengan membayangkan dengan berblogging mampu menghasilkan hasil pendapatan yang lumayan. Tetapi ianya bergantung kepada usaha yang dilakukan. Cara lain pula adalah berblogging untuk kepuasan diri sendiri. Pertimbangkan blog sebagai medium aktiviti rangkaian sosial. Ini pastinya boleh menjadi satu elemen motivasi yang menyeronokkan.

Mencari idea-idea yang baik.

Satu lagi faktor yang membuatkan diriku malas adalah disebabkan kekeringan idea. Menulis atau mengarang artikel mengenai subjek atau cerita-cerita yang sama kadangkala boleh membuatkan diriku diselubungi kebosanan. Jadi untuk atasinya, perlulah tanamkan minat dalam diri, mencari idea-idea baru dan mencurahkan usaha ke blog ini supaya blog ini makin subur berkembang. Jangkitan virus bosan ini membuatkan tumbesaran blog ini terbantut. Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kekeringan idea. Idea boleh dicetuskan dengan pembacaan dari pelbagai sumber. Antara sumbernya adalah dengan membaca akhbar, majalah dan juga dengan membaca pelbagai jenis blog. Selain itu idea-idea blogging juga boleh tercetus dengan mengambil tahu info semasa melalui berita. Cuba libatkan diri dengan aktiviti luar atau aktiviti sosial bersama teman-teman atau keluarga. Secara tidak langsung banyak cerita yang boleh dikongsi dengan pembaca blog.

Menanam Impian Semula.

Apa faktor yang mendorong aku mula menulis blog ini? Merenung sejenak mencari jawapan untuk persoalan ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan semangat aku supaya terus menulis blog ini. Setiap blog mula dibina dengan suatu impian. Makin besar impian, makin besarlah komitmen kita terhadapnya. Tabiat malas adalah pemusnah segala impian. Tanpa usaha impian hanya sekadar mimpi.

Tips Untuk Blogger Baru

Read more about Tips untuk Blogger yang Malas



Related read :

Tips dalam Merantau yang Baik
Segala sesuatu perlu ilmu, termasuk merantau. Merantau adalah pergi dan menetap di daerah yang bukan tempat kita. bisa jadi untuk keperluan belajar misal sekolah atau kuliah atau pula karena urusan
Merk Pensil Warna Yang Bagus Untuk Melukis
Merk Pensil Warna Yang Bagus Untuk Melukis - Apapun jenis pensil yang Anda gunakan, bentuk heksagonal klasik atau segitiga yang ergonomis, pensil STAEDTLER yang tidak mudah patah sangat cocok
Tips Berbusana Untuk Ibu Wanita Karier
Semua ibu masa kini pasti sibuk. Entah itu sibuk dengan kegiatan di rumah maupun yang juga aktif dengan pekerjaan kantoran atau punya usaha sendiri, pasti punya kesibukan. Ibu yang juga
9 Tips Untuk Hidup Sehat Berkualitas
9 Tips untuk hidup sehat berkualitas - Setiap orang pasti ingin sehat dan bugar sepanjang waktu, agar mampu melaksanakan segala aktivitas dengan lancar.Jika ingin sehat tentunya kita harus melakukan