advertise with ongsono.com
 

Kelenjar Prostat Membengkak

Posted on Thursday, 18 July 2013


Antara masalah yang paling kerap dialami oleh lelaki antaranya adalah penyakit di bahagian kelenjar prostat


Apakah yang dimaksudkan dengan 'Kelenjar Prostat'?

Kelenjar prostat adalah sejenis organ yang hanya dimiliki oleh kaum Adam. Ia bertindak sebagai kelenjar auksiliari terbesar dalam organ pembiakan lelaki. Ia terletak di bawah pundi kencing.

Antara fungsi kelenjar prostat adalah menghasilkan sebahagian cecair air mani.


Simptom- simptom berkaitan masalah prostat


  • Kerap ingin membuang air kencing
  • Susah untuk buang air kecil
  • Mengalami masalah ereksi
  • Sakit ketika ejakulasi
  • Sakit di celah paha, belakang pinggang dan pinggang
  • Air kencing kerap menitis tanpa dikawal

"Benign Prostat Hyperplasia"

Masalah ini adalah bengkak di bahagian prostat yang tidak melibatkan kanser. Masalah ini sering berlaku seawal usia 30-an dan semakin jelas pada usia 50-an.

Aliran air kencing yang keluar daripada pundi kencing akan terjejas apabila berlakunya bengkak pada prostat. Hal ini sekiranya dibiarkan berlanjutan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada pundi kencing dan sekiranya ia tersumbat, ia boleh membawa kerosakan pada buah pinggang.

Kajian menunjukkan 50% daripada lelaki yang berusia 50 tahun ke atas akan mengalami simptom ini. Tetapi hanya 10% sahaja yang melibatkan rawatan pembedahan.


Cara merawat 

Masalah bengkak prostat boleh dirawat dengan ubat seperti finastride dan sekiranya masalah ini masih berlanjutan, barulah ia memerlukan rawatan pembedahan.

Anda wajib berjumpa dengan pakar bedah atau pakar urologi sekiranya mengalami simptom- simptom di atas.






Read more about Kelenjar Prostat Membengkak



Related read :