advertise with ongsono.com
 

Bila Gangster Bikin Filem

Posted on Sunday, 28 September 2014



SALAH satu babak menarik lakonan Sharnaaz dan Aisya yang wajib ditonton.

SELEPAS berjaya menggeletek penonton menerusi filem Setem pada tahun 2009, kini pengarah terkenal, Kabir Bhatia sekali lagi tampil dengan buah tangan kedua bergenre komedi berjudul Dollah Superstar.

Apa yang menarik, filem Dollah Superstar dilihat jauh lebih matang berbanding naskhah yang pernah ditampilkan sebelum ini.

Menerusi filem tersebut, pertaruhan Kabir dalam filem komedi sewajarnya dipuji kerana pengolahan jalan cerita yang menarik serta elemen ditetapkan adalah spontan dan tidak dibuat-buat.

Buktinya, ketika melihat kepada penerimaan awal dan respons positif penonton pada malam gala filem tersebut, ia seperti memberikan sebuah harapan bahawa filem komedi kedua arahannya itu tidak perlu memaksa audien ketawa terbahak-bahak.

Menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Awie, Sharnaaz Ahmad, Fizz Fairuz, Neelofa, Datin Paduka Umie Aida, Bront Palarae, Beto Kusyairy, Aisyah Hasnaa dan Aziz M. Osman ternyata menjadi percaturan hebat kepada Kabir membawakan filem itu ke layar perak.

Aksi spontan Awie

Bagaimanapun, kata Kabir, biarpun menggandingkan ramai pelakon terkenal tanah air, namun ia bukan sesuatu tugas yang mudah.

"Usaha untuk menyatukan mereka di dalam satu jadual penggambaran bukanlah tugas mudah kerana jadual masing-masing yang padat dan sering berubah-ubah.

"Lebih mencabar lagi, satu-satunya masa yang dapat menggabungkan mereka hanyalah pada bulan Ramadan tahun lalu. Untuk menghasilkan filem ini, saya memerlukan banyak kesabaran.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana hasrat untuk bekerja dengan Awie serta barisan pelakon hebat yang lain akhirnya tercapai. Pengalaman dan kebolehan mereka membuatkan segala-galannya berjalan lancar.

"Lebih seronok, saya juga sempat merakamkan beberapa babak spontan mereka. Jujur saya katakan, ini merupakan sebuah filem hebat dan menyeronokkan yang pernah saya arahkan," kata Kabir ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Dollah Superstar di Cathay e@Curve, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Bercerita tentang pemilihan Awie sebagai peneraju utama dalam filem berkenaan, Kabir mengakui dia terpaksa menunggu selama lapan bulan untuk menampilkan vokalis kumpulan Wings itu.

"Filem ini tergendala selama hampir lapan bulan kerana saya tidak membayangkan aktor lain selain Awie untuk memegang karakter sebagai Dollah.

"Disebabkan itu, saya sanggup tunggu jadualnya kosong sebelum memulakan penggambaran" kata Kabir sambil memberitahu, ia merupakan satu penantian yang berbaloi.


BARISAN pelakon dan tenaga produksi yang terlibat dalam filem arahan Kabir Bhatia yang akan menemui penonton pada 2 Oktober ini.

Tambahnya, dia berharap semua penonton akan terhibur ketika menyaksikan filem terbaharu arahannya itu.

"Saya jamin filem ini akan membuatkan anda 'pecah perut' kerana ia sarat dengan elemen humor. Saya harap semua penonton akan terhibur dan jangan ambil terlalu serius kerana filem ini sekadar hiburan semata-mata," katanya lagi.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta itu mengisahkan seorang gangster veteran bernama Dollah Rimau (lakonan Awie) yang memendam impian untuk menjadi seorang pelakon dan pengarah.

Dollah mendapat peluang keemasan apabila bertemu dengan pelakon popular, Shah Dazzle (lakonan Sharnaaz Ahmad) yang memintanya menjadi mentor untuk sebuah filem aksi.

Bagaimanapun, ketika di lokasi penggambaran, Dollah yang pada mulanya mendapat peluang menjadi pelakon tambahan berjaya menenggelamkan watak utama sehinggakan pelbagai masalah timbul dan pembikinan filem tersebut menjadi huru-hara.

Lebih malang lagi, penggambaran filem tersebut terbengkalai dan Dollah telah dipersalahkan.

Bagaimanapun, pada pengakhiran filem tersebut, Dollah telah membuat keputusan untuk memperbaiki keadaan dengan satu-satunya cara yang menjadi kepakarannya iaitu dengan cara gangster.

Awie yang berperanan sebagai pelakon utama dalam Dollah Superstar mengakui, dia banyak belajar perkara baharu sewaktu bekerja dengan pengarah handalan, Kabir buat pertama kalinya.

"Cerita ini bergenre komedi dan umum mengenali saya bukan daripada latar belakang komedi.

"Di bawah pengarahan Kabir, saya mempelajari sesuatu benda baharu iaitu lakonan saya tidak memerlukan untuk berlawak tetapi aksi spontan yang dilakukan akan membuatkan penonton terhibur," kongsi Awie yang kini berumur 46 tahun.

Dalam pada itu, Awie memberitahu, dia banyak menolak tawaran watak gangster kerana terikat dengan jadual kerja sehingga menyebabkan ramai mengenalinya dengan watak komedi.

"Sebenarnya saya ada terima beberapa tawaran berlakon watak gangster tetapi disebabkan terikat dengan jadual kerja yang padat menyebabkan saya terpaksa tolak tawaran tersebut.

"Secara peribadi, saya tiada masalah untuk menerima watak gangster tetapi setiap tawaran itu haruslah bersesuaian dengan cita rasa saya. Contohnya macam filem ini, saya seronok kerana jalan ceritanya yang menarik serta cara kerja Kabir yang teliti," kata Awie.


PENGARAH terkenal Kabir (tengah) memberikan tunjuk ajar kepada Sharnaaz (duduk) sebelum memulakan penggambaran.

Watak lembut

Berbeza pula kisah pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad yang sebelum ini dikenali sebagai seorang lelaki panas baran, namun dilihat berjaya membawakan karakter sebagai lelaki lembut bernama Shah Dazzle.

"Dalam filem ini, saya memegang watak sebagai seorang lelaki lembut. Biarpun karakter ini sesuatu yang baharu untuk saya pikul, namun saya berasa selesa dan tidak kekok membawakan watak tersebut.

"Berdasarkan tunjuk ajar yang diberikan oleh jurusolek dan rakan-rakan dalam industri seni, saya banyak mempelajari cara untuk membawa watak lembut. Saya seronok bawa karakter ini kerana boleh menambah satu lagi karakter baharu dalam portfolio saya," ujar Sharnaaz yang popular menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Bagi si perawan dari Subang Jaya, Selangor yang menggelarkan dirinya sebagai Aisya Hasnaa pula berkongsi keterujaan apabila filem ini merupakan filem pertama lakonannya dalam industri seni tanah air.

"Saya belum pun setahun jadi pelakon tetapi peluang itu sentiasa datang sehingga membuatkan cinta saya terhadap lakonan semakin membara.

"Saya bersyukur kerana diberi peluang berlakon dalam filem ini. Mana tidaknya, saya dikelilingi barisan pelakon-pelakon popular, secara tidak langsung akan berikan pengaruh yang hebat untuk orang baharu seperti saya.

"Biarpun memegang watak tambahan tetapi saya menimba banyak pengalaman daripada kru produksi filem ini termasuklah daripada barisan pelakon," ujar anak keenam daripada tujuh beradik itu.

Filem Dollah Superstar bakal menjengah di pawagam di seluruh negara pada 2 Oktober ini.
Read more about Bila gangster bikin filem



Related read :

Syamsul Yusof Dalami Islam Bikin Filem Munafik
Syamsul Yusof ambil langkah keselamatan untuk pastikan filem tidak bocor.Pengarah filem Syamsul Yusof memberitahu mengambil masa agak lama untuk mengumpul idea jalan cerita dan proses pembikinan skrip
CMP|Bikin Langsing dari bahan alamiah|Satu box lebih hemat
SAMPAI MINGGU 16 FEB 2014 Harga CMP AKAN NAIK 20 % karena dr pusat naik CMP Apa Fungsi CMP buat Tubuh Kita? Klorofil dipercaya merupakan mukjizat kehidupan di planet bumi, karena tanpa klorofil
Filem Lucy
BAGI peminat genre sains fiksyen, Lucy, menjadi filem yang wajib ditonton! Dibintangi Scarlett Johansson sebagai teraju utama, Lucy bukan sekadar naskhah yang menghidangkan aksi atau imaginasi kosong
cara bikin cronjobs every minute
galihrezah.blogspot.com - hadeh musmet... mikirin whm sama cpanel 11dapet tapi malah ga halal...dari pada nyuri2 cpanel2 orgq share aja yah tutor ini moga aja berguna heheheheheKeuntungan dari Cronjob