advertise with ongsono.com
 

Bilakah Pengguguran Janin Dibenarkan?

Posted on Thursday, 27 June 2013




Setelah membicarakan tajuk yang sama di Melaka pada 20hb Jun 2013 yang lalu, saya telah dijemput oleh JAKIM untuk mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia untuk berkongsi di Seminar Pendidikan Fatwa Perubatan yang bakal berlangsung di Auditorium RTM, Kuantan esok 27hb Jun 2013.

Sesungguhnya janin adalah ciptaan Allah yang mempunyai hak untuk hidup membesar (dengan izin Allah), hak untuk dilahirkan, hak pewarisan dan juga hak pengkebumian.

Secara umumnya, pengguguran janin adalah haram dan dilarang ke atas umat Islam melainkan di atas 3 sebab 'Pengguguran Terapeutik':

1-Meneruskan kehamilan akan menyebabkan terancamnya kesihatan yang teruk kepada ibu atau boleh menyebabkan kematiannya. (contohny, Ibu hamil yang mengidap penyakit jantung, buah pinggang dsb)

2-Janin mengalami kecacatan yang teruk dan tidak punyai harapan untuk hidup atau tidak boleh dirawat. (contoh anaencephaly - janin tanpa tempurung kepala, Edward atau Patau Syndrome dsb)

3-Pengguguran janin kepada mangsa rogol sebelum janin berusia 120 hari. (kes rogol sebenar, bukan kes suka sama suka !)


Namun begitu, kemusykilan saya dan masyarakat yang prihatin dengan masalah pengguguran yang dilakukan oleh masyarakat kini bukanlah disebabkan oleh pengguguran terapeutik tetapi 'pengguguran elektif' yang dilakukan disebabkan oleh kehamilan di luar nikah.

Pada tahun 2008 sahaja, dianggarkan sebanyak 96,000 kes pengguguran janin telah dilakukan di seluruh Malaysia dan jumlah ini dijangka mengingkat dari masa ke semasa. Ini adalah satu wabak dan bencana yang telah menjerebui masa depan umat Islam di Malaysia.

Itu tidak termasuk dengan pengingkatan jumlah kes buang bayi dan pertambahan kelahiran anak tidak sah taraf di seluruh negara.

Sebanyak 234,647 kelahiran anak tidak sah taraf daripada lebih 2 juta kelahiran yang didaftarkan kepada JPN antara 2007-2010. (Berita Harian 21hb Mac 2011).

Ini membuktikan pola meningkat terhadap kes hamil luar nikah dan jumlah anak tidak sah taraf (seramai 11 % daripada keseluruhan bayi yang dilahirkan di seluruh negara adalah anak zina).

Ya Allah selamatkanlah generasi muda Malaysia daripada jerebu kejahatan gejala zina yang membiak serta kemaksiatan yang berleluasa. Pimpinlah kami, umat kami, para pemimpin dan negara kami ke jalan yang diredhaiMu ya Allah.


Rujuk :

1-http://www.e/-fatwa.gov.my/artikel/pandangan-syarak-mengenai-pengguguran-kandungan

2-http://www.e/-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pengguguran-kandungan-kerana-kecacatan

3-http://www.e/-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-menggugurkan-kandungan-mangsa-yang-dirogol



Tulisan Dr Zainur Rashid - https://www.facebook.com/photo.php?fbid=557784437602858&set=a.158713574176615.28853.155707591143880&type=1&relevant_count=1

Read more about Bilakah pengguguran janin dibenarkan?



Related read :