advertise with ongsono.com
 

Resepi Nasi Tomato

Posted on Friday, 28 March 2014


Resepi Nasi Tomato
Resepi Nasi Tomato 

Bahan A
  • 3 mangkuk beras basmathi
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar puri tomato - boleh tambah untuk menghasilkan warna yang lebih menarik dan rasa yang lebih sedap.
  • 3 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 biji limau nipis
  • 1/2mangkuk kacang peas

Bahan B
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 2 ulas bawang merah -hiris
  • 4cm halia - kisar
  • rempah penumis - bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih

Bahan C
  • 3 1/2 gelas air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 sudu besar garam

Cara:

1. Rebus kesemua bahan C dalam periuk.
2. Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam kuali. Tumis semua bahan B hingga garing.
3. Setelah garing, masukkan puri tomato, gaul rata dan kemudian masukkan beras dan gaul hingga beras berkilat.
4. Setelah bahan C mendidih, masukkan susu dan akhir sekali jus limau nipis.
5. Setelah air mendidih semula, masukkan beras. Kacau rata dan tutup periuk.
6. Apabila air sudah kering, kacau nasi, kemudian tutup periuk rapat-rapat.
7. Setelah nasi masak, masukkan kacang peas. Gaul rata dan angkat untuk dihidangkan.

P/S: Amie masak ikut cara Amie iaitu dengan memasak cara kukus. Jadi hasilnya memang nasi sedang elok, tidak lembik dan tidak keras sebab mengembang bersama wap kukusan.
Read more about Resepi Nasi Tomato



Related read :

IWAN FALS LIRIK DAN LAGU DEMOKRASI NASI
Assalamualaikum wr wb, mudah-mudahan sobat MWB semua ada dalam lindungan-NYA, menyambung postingan kemarinIwan Fals Lirik dan Lagu 14-04-84, yang mungkin ada hubungannya dan berkaitan erat dengan
Nasi Kebuli
Nasi Kebuli Nasi KebuliResep Kuliner Enak ini untuk 3 PorsiLama memasak kira-kira 60 MenitBahan:- 250 gram Beras, cuci bersih- 375 ml Santan, dari 1/2 butir Kelapa- 1 cm Kayu Manis- 1/8 butir
Almy Nadia Tak Suka Bau Nasi
Almy Nadia dan Fizz Fairuz bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.Pelakon Almy Nadia yang kini sedang mengandung 15 minggu mengakui selera makannya yang selama ini gemar dengan masakan
Resep Nasi Goreng
Resep Nasi Goreng | Nasi Goreng adalah salah satu makanan khas sederhana yang paling banyak disukai oleh semua orang. Banyak disukai karena nasi goreng memiliki citra rasa yang berbeda, maksudnya