Kuasa sememangnya menjadi kebimbangan bagi peranti bimbit, dan mencari jalan untuk meningkatkan kecekapan adalah sesuatu yang bagus untuk telefon pintar, tablet dan juga aplikasi lain seperti kenderaan elektrik. Sebab inilah pembangun mendapat idea cara untuk meningkat kepenggunaan bateri pada peranti-peranti ini, ini termasuk sumber alternatif, seperti solar, induktif dan cas berdasarkan pergerakan.
Pengkaji di Jacob School of Engineering di University of California San Diego fokus pada cara yang berbeza untuk meningkatkan kecekapan. Teknologi mereka melibatkan peningkatan algoritma yang membolehkan bateri telefon dicas dua kali lebih pantas berbanding bateri Li-Ion. Kuasa ini juga lebih cekap, dan kosnya 25% lebih kurang untuk dihasilkan.
Pasukan ini mendapat sumbangan &460,000 daripada DoE's ARPA-E project, sebahagian daripada $9.6 juta geran untuk membangunkan teknologi bateri lebih cekap.
Dalam dasar, algoritma baru ini tidak menggunakan voltan untuk menentukan caj bateri, yang merupakan cara asal untuk pengukuran voltan. Pengkaji-pengkaji algoritma baru ini sebenarnya mencuba untuk menentukan caj pada setiap sel zarah.
Read more about Kajian Terbaru Memendekkan Masa Cas Bateri Kepada Setengah