advertise with ongsono.com
 

Suara Bekas 'anak Kapal'

Posted on Sunday, 20 July 2014




SEKALI lagi, Malaysia dikejutkan dengan tragedi malang yang melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17, setelah ditembak dan terhempas di sempadan Rusia-Ukraine.

Belum pun misteri MH370 terungkai, peristiwa ini benar-benar memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

Begitu juga dengan mereka yang pernah berkhidmat sebagai kru kabin. Bagi empat selebriti popular, Ziana Zain, Faezah Elai, Danny X-Factor, tragedi itu nyata beri kejutan mendalam buat mereka yang pernah bekerja di awan biru.

'Suami saya mengigil' - Ziana Zain

Pernah berkhidmat selama dua tahun sebagai pramugari, penyanyi terkenal Ziana Zain, meluahkan rasa terkejut di atas insiden MH17. Jelasnya, dia mendapat tahu mengenai perkara itu setelah mendapat mesej daripada rakan suaminya, Armin Zahari yang merupakan seorang pramugara MAS.

Masa Armin beritahu mengenai tragedi itu, saya lihat tangan dia menggigil.

Kemudian dia suruh saya buka siaran CNN dan saya sendiri terkejut melihat apa yang dilaporkan di televisyen, katanya kepada media ketika ditanya mengenai insiden MH17 selepas program bersama Safi Rania Diamond di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, petang semalam.

Akui duta Safi Rania Diamond ini, suaminya tidak menyangka perkara itu berlaku kepada rakan-rakanya sendiri.

Mereka baru sahaja berjumpa dan sehingga kini pun saya sendiri masih berhubung dengan rakan-rakan lama.

Kami memang rajin telefon dan berhubung antara satu sama lain, kata Ziana yang juga merupakan bekas pramugari di Mas.

Tambah pelantun lagu Madah Berhelah ini, melihat tragedi ini, dia semangnya berasa hiba dan sedih kerana insiden MH 370 masih belum terjawab.

Memang yang berlaku sudah tertulis, jadi saya minta masyarakat jangan salahkan sesiapa.

Tak perlu curahkan lagi minyak ke dalam api, lebih baik kita sama-sama doakan mangsa kejadian ini selamat dan tenang di sana, katanya.

Hentikan spekulasi

Menurut Ziana, ajal dan maut tiada siapa yang tahu dan kita sendiri tidak tahu bila dipanggil ALLAH S.W.T.

Tak perlu tambah tokok cerita mengenai kejadian ini, bukan masanya kita hendak salahkan sesiapa.

Apa yang berlaku adalah takdir, yang penting sekarang kita bersatu, ujarnya.

Tambahnya, bahaya ada di mana-mana bukan ketika menaiki kapal terbang sahaja.

Bila masuk kawasan perang ni, macam-macam boleh berlaku, hentikan sahaja spekulasi.

Saya tak nak lihat kerana kejadian ini kita sama-sama manusia bergaduh, katanya lagi.

Danny risau keselamatan isteri

Insiden MH17 turut dirasai pelakon dan penyanyi, Danny X-Factor, 34, yang juga pernah bertugas sebagai pramugara MAS. Lebih memberi kesan apabila isterinya, Zaidatul Norfazlin Zakaria, 28, masih berkhidmat sebagai pramugari di Air Asia X.

Nyata tragedi demi tragedi yang melibatkan pesawat di negara ini, menimbulkan kerisauannya terhadap keselamatan isteri tersayang.

Danny atau nama sebenarnya, Mohd. Khardanie Anwa, memberitahu, sebaik sahaja insiden terbaru ini berlaku, dia terus menghubungi Zaidatul yang ketika itu berada di Melbourne, Australia.

"Selepas mendengar berita kapal MAS terhempas, hati saya tidak keruan dan bimbang dengan nasib isteri.

"Alhamdulillah, isteri selamat dan tiada apa-apa perkara buruk menimpanya," katanya.

Dek berita tergempar itu juga, Danny tidak dapat melelapkan matanya mengenangkan nasib yang menimpa keluarga dan mangsa yang terlibat dengan kejadian tersebut.

Tambahnya, peristiwa lepas (MH370) membuatkannya lebih peka dengan kejadian seperti itu dan berita terbaharu ini, dia sedar bahawa ajal tidak mengenal sesiapa.

"Semuanya ketentuan Ilahi. Apa yang berlaku kita jadikan iktibar dan muhasabah diri agar sentiasa ingat mati itu bila-bila masa sahaja," katanya.

Sambung Danny, masa yang sama dia juga khuatir dengan teman rapatnya yang merupakan kru kabin MAS berada dalam penerbangan sama.

"Saya cuba hubungi dia selepas pengumuman MH17 terhempas namun tidak berjawab walaupun banyak kali dan setiap kali panggilan dilakukan masuk ke dalam 'voice mail'.

"Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya dia menghantar mesej ringkas di aplikasi Whatsapp dan menyatakan dia tidak bertugas dalam penerbangan MH17," katanya lega rakan baiknya itu tidak terlibat sama dalam nahas udara tersebut.

Pernah berdepan situasi cemas

Bercerita mengenai pengalamannya yang pernah berkhidmat selama tiga tahun dengan MAS, Danny berkata, banyak pengalaman manis yang dikutip dalam tempoh tersebut.

Danny memberitahu, pendapatannya ketika itu boleh mencecah sehingga RM8,000 dan berpeluang menunaikan umrah di Makkah.

Malah dia berpeluang melancong ke serantau dunia dengan beberapa pesawat jenis Boeing 737, Airbus 200, Airbus 300, Boeing 777 dan Boeing 747.

Bagaimanapun, tugas di awan biru bukanlah semudah yang disangka atau sekadar meraih keseronokan semata-mata. Ujar Danny dia pernah melalui saat getir apabila pesawat yang dinaiki berdepan cuaca buruk dan hujan lebat. Situasi itu menyebabkan perjalanan pesawat tidak lancar dan menimbulkan rasa panik di kalangan penumpang.

"Sebagai anak kapal, saya dilatih untuk menghadapi situasi seperti ini.

"Apa saja kecemasan yang berlaku, saya perlu mengawal situasi agar tidak berlaku huru-hara dalam kapal," katanya.

Danny berkata, dia juga pernah berdepan situasi di mana pesawat tidak dapat mendarat tetapi berlegar-legar di udara buat seketika sehingga pendaratan dibenarkan. Jauh di sudut hati, dia juga khuatir dan cemas dengan apa yang bakal dihadapi. Namun tanggungjawab sebagai kabin kru membuatkan dia cekalkan hati.

"Ketika ini, penumpang tertanya-tanya dengan apa yang berlaku di luar sana. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami akan melayan persoalan mereka dengan tenang dan menyuruh penumpang untuk memakai tali pinggang keselamatan," ujarnya.

Keputusan 'berhenti' memang tepat - Faezah Elai

Bersimpati dengan mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam nahas MH17, pelakon Faezah Elai, menyifatkan insiden ini sebagai satu trauma yang besar buat seluruh masyarakat Malaysia. Bagaimanapun dia tetap bersyukur rakan-rakan seangkatannya ketika bertugas dengan MAS tidak terlibat dalam kejadian itu.

Menurut Faezah, kebanyakan kru yang bertugas dalam penerbangan itu merupakan 'juniornya'. walaupun tidak mengenali secara rapat, namun dia tetap bersimpati dengan apa yang berlaku.

Malah dia benar-benar terkejut sebaik sahaja berita nahas itu diumumkan di media massa dan elektronik.

"Dalam hati saya ketika itu, saya yakin keputusan untuk berhenti kerja dengan MAS adalah tindakan tepat.

"Mendengar berita ini sahaja, badan saya menggigil dan perasaan takut tiba-tiba datang.

"Saya sedar ajal itu di tangan ALLAH SWT dan saya bersimpati dengan apa yang berlaku," katanya.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Faezah berkata pihak pengurusan MAS sangat tegas dan prihatin dalam hal berkaitan keselamatan. Tegasnya, sikap segelintir individu yang cuba menyalahkan MAS dalam hal ini adalah sesuatu perkara yang tidak wajar sama sekali.

"Mati itu pasti. Kalau sudah ditakdirkan kita tidak mungkin dapat lari daripada maut.

"Paling penting, jangan salahkan MAS dalam perkara ini sebagaimana yang berlaku ketika kejadian MH370," katanya.

Atasi situasi panik

Sementara itu, Faezah turut berkongsi pengalamannya ketika berhadapan dengan situasi mencemaskan ketika bertugas.

Katanya, dek cuaca buruk, lampu pesawat tiba-tiba terpadam dan tempat simpanan barang terbuka menyebabkan beg-beg penumpang jatuh.

"Saya tidak panik atau fikir perkara buruk menimpa kami sebaliknya dengan tenang membantu menyimpan semula barangan.
Read more about Suara bekas 'anak kapal'



Related read :

Erra Fazira setuju anak tunggal dijaga bekas suami
SHAH ALAM 18 Feb. - Pelakon Erra Fazira, 40, memberitahu bahawa dia bersetuju untuk melepaskan hak penjagaan anak tunggalnya kepada bekas suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, kerana percaya itu
Misteri Jumlah Anak Tangga Makam Imogiri Yogyakarta
Misteri Jumlah Anak Tangga Makam Imogiri Yogyakarta : Kompleks pemakaman raja-raja Mataram di wilayah Imogiri saat ini merupakan salah satu tujuan wisata ziarah bagi berbagai khalayak. Makam Imogiri
Tenggelamnya Kapal Gotheburg
Lebih dua ratus tahun silam, pada September 1745 kapal milik Swedish East India Company (Svenska Ostindiska Companiet atau SOIC) bernama Gotheborg menghantam karang di kawasan luar pelabuhan
Autopsi Jenazah Siyono, Tim Forensik Muhammadiyah Temukan Bekas Kekerasan Benda
(Jenazah Siyono saat diangkat oleh petugas dari Muhammadiyah, Ahad 3/4/2016, foto by @TofaLemon) Tim Forensik dari Pimpinan Pusat Muhammadiyah akhirnya melakukan autopsi jenazah Siyono yang meninggal